Wednesday 18 March 2015

Panduan menjahit seluar

Panduan menjahit seluar. Disini ada perkongsian mengenai panduan menjahit seluar. Panduan ini disediakan dalam bentuk 'ebook' oleh tukang jahit berpengalaman luas iaitu Puan Salmawati Shamsudin. Panduan ini juga sesuai untuk menjahit seluar lelaki dan seluar wanita. Disediakan langkah demi langkah yang mudah difahami serta dilengkapi dengan ilutrasi bergambar.

panduan menjahit seluar

Di dalam ebook panduan menjahit seluar ini ada diterangkan pelbagai teknik dari melukis pola hinggalah ke kemasan terakhir. Berikut adalah teknik-teknik yang disediakan :

Teknik Menjahit Seluar

Anda akan ditunjukkan satu persatu cara untuk melukis pola seluar, cara memotong dan juga cara betul untuk mencantum kepingan kain yang telah dipotong.

Teknik Menjahit Zip Seluar

Cara menjahit zip pada seluar adalah berbeza dengan zip yang dijahit pada kain. Susah untuk menjahit bahagian ini jika anda tidak mengetahui caranya. Jika caranya diketahui, ianya akan menjadi mudah. Ketahui teknik yang betul untuk menghasilkan zip seluar. Ketahui ukuran yang betul dan cara menjahitnya pada seluar.

Teknik Menjahit Pinggang Seluar

Bagaimana ingin memastikan bahagian pinggang seluar baju melayu yang dijahit menjadi kemas dan selesa dipakai? Anda akan belajar tekniknya. Anda akan diajar dua cara menjahit pinggang seluar iaitu dengan menggunakan pengeras sahaja dan dengan menggunakan getah yang dicampur pengeras. Setiap langkah ditunjukkan satu persatu dan amat mudah untuk anda mengikutinya secara praktikal.

Teknik Menyiapkan Kemasan Akhir

Anda akan diajar cara menjahit kemasan-kemasan akhir di bahagian seluar. Teknik bagi memastikan kemasan akhir yang dilakukan mendapat hasil yang kemas dan selesa dipakai ditunjukkan di sini. Anda kini berjaya menyiapkan sepasang seluar yang sedia untuk dipakai selepas menyiapkan bahagian ini.

Mudah bukan. Oleh itu jika anda berminat mendapatkan ebook panduan menjahit seluar ini bolehlah mendapatkannya menerusi link atau banner dibawah ini. Selamat mencuba!





P/s - Juga terdapat ebook panduan menjahit baju kurung dan baju melayu serta menjahit jubah

No comments:

Post a Comment