Tuesday 15 December 2015

Cara mengambil ukuran baju Melayu

Cara mengambil ukuran baju
Cara mengambil ukuran baju Melayu. Disini ada perkongsian mengenai cara mengambil ukuran baju kurung dengan mudah dan memang sesuai buat mereka yang baru belajar menjahit baju sama ada baju Melayu Johor, baju Melayu Cekak Musang atau baju Melayu moden.

Cara-cara mengambil ukuran baju Melayu

Berikut adalah cara- cara mengambil ukuran baju Melayu yang boleh anda ikuti;
  • Ukuran Labuh Baju
Ukuran labuh baju diambil dari pangkal leher melalui puncak dada sehingga ke ukuran labuh baju yg dikehendaki. Sekurang-kurangnya 2.5-5cm dari paras lutut.
  • Ukuran Lebar Bahu
Ukuran lebar bahu diambil dari sisi kiri ke sisi kanan. Daripada ukuran bahu, ukuran boleh diambil terus sehingga ke labuh lengan yang dikehendaki. Tujuannya adalah untuk mengelakkan berlakunya lebihan ukuran yang menyebabkan lengan menjadi labuh dan mengelakkan pemakai terpaksa melipat tangan baju.
  • Ukuran Panjang Lengan
Ukuran panjang lengan boleh diambil terus daripada ukuran bahu ke lengan. Sekurang-kurangnya 2.5cm dari paras buku lengan. Hasilnya ditolak dengan lebar bahu.
  • Ukuran Keliling Lengan
Ukuran keliling lengan biasanya diambil untuk membuat kaf tangan pada lengan baju kemeja, jubah dan sebagainya. Ukuran diambil dengan mengukur keliling tangan dan memberi kelonggaran sekurang-kurangnya dapat memasukkan 2 jari.
  • Ukuran Keliling Dada
Ukuran keliling dada diambil pada keliling dada yangg mengenai paras paling tinggi di dada atau dikenali sebagai puncak dada.
  • Ukuran Jarak Puncak Ke Puncak Dada
Ukuran jarak puncak ke puncak dada diambil dengan meletakkan pita ukuran di atas sedikit dari puncak. Diukur dari puncak dada kanan ke puncak dada kiri.
  • Ukuran Mercu Dada
Ukuran mercu dada adalah dari bahu hadapan ke puncak dada.
  • Ukuran Keliling Pinggang
Ukuran keliling pinggang diambil di sekeliling pinggang yang sebenar dengan melilit pita ukur pada bahagian paling genting pada badan.
  • Ukuran Keliling Punggung
Ukuran keliling punggung diambil di sekeliling paras punggung yang paling tinggi atau paling lebar.
  • Ukuran Bahu Ke Pinggang
Ukuran bahhu ke pinggang diambil dari tengkuk belakang hingga ke paras pinggang.
  • Ukuran Bahu ke Punggung
Ukuran bahu ke punggung diambil dari tengkuk belakang hingga ke paras punggung.
  • Ukuran Labuh Seluar
Ukuran labuh Seluar diambil pada sisi badan dari paras pinggang sehingga ke labuh kain yang dikehendaki, sekurang-kurangnya dari paras tapak kaki tanpa kasut.

Demikianlah sedikit perkongsian mengenai cara mengambil ukuran baju Melayu untuk anda. Semoga perkongsian ini dapat memberikan anda sedikit gambaran bagaimana ingin belajar menjahit baju Melayu dengan lebih mudah. Jika anda berminat, bolehlah mendapatkan segera panduan menjahit baju yang serba lengkap dengan ilutrasi bergambar menerusi link dan banner di bawah ini;


Sila like fanpage kami disini;

[+] Like Fanpage – Ebook Jahit Baju

Tuesday 11 August 2015

Cara menjahit jubah

Cara menjahit jubah. Disini ada perkongsian mengenai satu cara untuk belajar menjahit jubah kepada sesiapa yang ingin menjahit pelbagai jubah dengan mudah walaupun tiada asas dalam jahitan. Panduan ini ditulis dalam bentuk 'ebook'. Ebook yang dinamakan Ebook Menjahit Pelbagai Jubah ditulis oleh Puan Salmawati Shamsudin telah terbukti berjaya melahirkan penjahit baju dan laku bak pisang panas.


Cara menjahit jubah

Kandungan Ebook Menjahit Pelbagai Jubah

Terdapat pelbagai cara dan teknik menjahit jubah yang terkandung di dalam ebook ini. Antaranya ialah teknik memotong kain, teknik membuat pola baju dan bermacam-macam teknik lagi. Ilutrasi bergambar juga disediakan bagi memudahkan pemahaman anda. Ringkasnya ebook ini memang lengkap serba serbinya. Jika anda berminat ingin memiliki Ebook Menjahit Pelbagai Jubah ini dan belajar cara menjahit jubah ini, bolehlah membuat pembelian menerusi link di bawah ini.

[+] Link - Ebook Menjahit Pelbagai Jubah

Selamat mencuba! Juga terdapat ebook menjahit pelbagai baju kurung dan menjahit baju melayu.

Sila like fanpage kami disini;

[+] Like Fanpage – Ebook Jahit Baju

Wednesday 18 March 2015

Panduan menjahit seluar

Panduan menjahit seluar. Disini ada perkongsian mengenai panduan menjahit seluar. Panduan ini disediakan dalam bentuk 'ebook' oleh tukang jahit berpengalaman luas iaitu Puan Salmawati Shamsudin. Panduan ini juga sesuai untuk menjahit seluar lelaki dan seluar wanita. Disediakan langkah demi langkah yang mudah difahami serta dilengkapi dengan ilutrasi bergambar.

panduan menjahit seluar

Di dalam ebook panduan menjahit seluar ini ada diterangkan pelbagai teknik dari melukis pola hinggalah ke kemasan terakhir. Berikut adalah teknik-teknik yang disediakan :

Teknik Menjahit Seluar

Anda akan ditunjukkan satu persatu cara untuk melukis pola seluar, cara memotong dan juga cara betul untuk mencantum kepingan kain yang telah dipotong.

Teknik Menjahit Zip Seluar

Cara menjahit zip pada seluar adalah berbeza dengan zip yang dijahit pada kain. Susah untuk menjahit bahagian ini jika anda tidak mengetahui caranya. Jika caranya diketahui, ianya akan menjadi mudah. Ketahui teknik yang betul untuk menghasilkan zip seluar. Ketahui ukuran yang betul dan cara menjahitnya pada seluar.

Teknik Menjahit Pinggang Seluar

Bagaimana ingin memastikan bahagian pinggang seluar baju melayu yang dijahit menjadi kemas dan selesa dipakai? Anda akan belajar tekniknya. Anda akan diajar dua cara menjahit pinggang seluar iaitu dengan menggunakan pengeras sahaja dan dengan menggunakan getah yang dicampur pengeras. Setiap langkah ditunjukkan satu persatu dan amat mudah untuk anda mengikutinya secara praktikal.

Teknik Menyiapkan Kemasan Akhir

Anda akan diajar cara menjahit kemasan-kemasan akhir di bahagian seluar. Teknik bagi memastikan kemasan akhir yang dilakukan mendapat hasil yang kemas dan selesa dipakai ditunjukkan di sini. Anda kini berjaya menyiapkan sepasang seluar yang sedia untuk dipakai selepas menyiapkan bahagian ini.

Mudah bukan. Oleh itu jika anda berminat mendapatkan ebook panduan menjahit seluar ini bolehlah mendapatkannya menerusi link atau banner dibawah ini. Selamat mencuba!





P/s - Juga terdapat ebook panduan menjahit baju kurung dan baju melayu serta menjahit jubah

Thursday 22 January 2015

Cara membuat pola baju

Cara membuat pola baju. Disini ada perkongsian mengenai cara membuat pola baju. Cara ini merupakan elemen yang paling penting dalam proses menjahit baju. Pola baju digunakan untuk memudahkan proses memotong kain dan mengelakkan kesilapan.

Cara membuat pola baju

Cara membuat pola baju ini ada diterangkan di dalam ebook Panduan Menjahit Baju Kurung ini. Panduan yang ditulis oleh tukang jahit yang mempunyai banyak pengalaman ini iaitu Puan Salmawati Shamsudin. Didalam ebook yang ditulis oleh beliau akan menerangkan anda teknik dan cara membuat pola baju ini dalam langkah demi langkah. Sila dapatkan ebook Panduan Menjahit Baju Kurung ini menerusi link dibawah ini.

[+] Dapatkan Disini - Panduan Menjahit Baju Kurung

Sebenarnya terdapat banyak lagi teknik dan cara menjahit yang diterangkan didalam Ebook Panduan Menjahit Baju Kurung ini selain daripada cara membuat pola baju ini. Juga terdapat panduan menjahit pelbagai jenis fesyen baju seperti baju kurung moden, baju melayu dan jubah. Disyorkan anda mendapatkan kesemua ebook ini agar memudahkan anda pada masa hadapan kelak. Selamat mencuba!

Monday 29 December 2014

Cara menjahit baju melayu sekolah agama

Cara menjahit baju melayu sekolah agama. Disini ada perkongsian mengenai cara untuk menjahit baju melayu sekolah agama. Cara menjahit baju melayu sekolah agama ini boleh diaplikasikan untuk kegunaan sekolah diseluruh negeri.Cuma apa yang beza adalah warna sampingnya sahaja. Cara menjahit ini disediakan dalam bentuk ebook yang boleh anda download bagi memudahkan anda membuat rujukan dimana-mana sahaja ianya antara ebook yang terlengkap yang terdapat di pasaran.


Memang tak dinafikan diluar sana terdapat baju melayu sekolah agama yang telah siap jahit dijual di pasaraya mahupun di kedai baju. Tetapi adakah kualitinya terjamin? Bagi saya kualiti amatlah dititikberatkan. Dengan memilih untuk menjahit sendiri baju sekolah anak-anak, maka kualiti kain pasti menjadi keutamaan anda. Pasti anda akan mencari kain yang berkualiti dan tahan lasak untuk dijadikan pakaian sekolah agama.

Oleh yang demikian, jika anda tercari-cari ebook cara menjahit atau panduan menjahit baju melayu sekolah agama atau ingin belajar menjahit sendiri baju melayu sekolah agama anak anda, maka bolehlah dapatkan ebook itu disini. Ebook yang ditulis oleh tukang jahit berpengalaman ini pasti akan memudahkan tugas menjahit anda kerana didalam ada diterangkan langkah demi langkah serta dilengkapi ilutrasi bergambar. Dapatkan ebook cara menjahit baju melayu sekolah agama anda sekarang!

Dapatkan Disini - Cara Menjahit Baju Melayu Sekolah Agama